Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Israel lapor kematian keempat demam Nil Barat

    BAITULMAQDIS, 27 JUN – Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu, kata Kementerian Kesihatan Israel kelmarin, lapor Xinhua.

    Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.

    Kementerian itu juga melaporkan enam kes baharu jangkitan virus Nil Barat, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 48 kes sejak awal Mei.

    Daripada jumlah itu, 36 pesakit telah dimasukkan ke hospital, dengan lima pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan.

    Pada Selasa, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar dan Kesihatan Israel melaporkan bahawa nyamuk yang dijangkiti virus itu telah dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di luar Tel Aviv. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...