Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel luluskan 700 kediaman Palestin

    BAITULMAQDIS, 31 JULAI – Menteri-menteri Israel telah memberikan kelulusan luar biasa kepada 700 kediaman Palestin di Tebing Barat

    di bawah kawalan penuh negara sementara juga meluluskan 6,000 rumah untuk peneroka, kata pegawai Israel hari ini.

    Pegawai itu, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, mengesahkan kelulusan oleh kabinet keselamatan Israel semalam sebelum lawatan oleh menantu Presiden AS Donald Trump dan penasihat kanan Jared Kushner.

    Masih tidak jelas sama ada semua rumah adalah pembinaan baharu atau sesetengahnya telah wujud dan sedang menerima kelulusan retroaktif.

    Kelulusan adalah untuk kawasan Tebing Barat dikenali sebagai Kawasan C, yang berada di bawah kawalan keselamatan dan orang awam Israel dan di mana terletaknya petempatan.

    Kawasan C menyumbang kepada lebih 60 peratus daripada Tebing Barat, wilayah Palestin yang akan membentuk sebahagian daripada negara Palestin akan datang di bawah penyelesaian dua negara.

    Israel jarang memberikan kelulusan untuk pembinaan Palestin di kawasan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda