Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel mengebom selatan Gaza, pegawai Hamas di Kaherah bagi rundingan gencatan senjata

    SEMENANJUNG GAZA, 29 DIS – Mesir dijangka menjadi tuan rumah hari ini bagi delegasi peringkat tinggi Hamas untuk rundingan yang bertujuan menamatkan perang hampir 12 minggu dengan Israel yang telah memusnahkan Semenanjung Gaza.

    Pertemuan di Kaherah itu berlaku ketika pertempuran yang tercetus pada 7 Oktober, mengganas di selatan dan tengah wilayah Palestin yang terkepung.

    Serangan Israel berhampiran hospital selatan Gaza telah membunuh 41 orang sejak dua hari lalu, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada kelmarin.

    Korban dalam serangan berulang Israel berhampiran hospital Al-Amal di Khan Yunis termasuk orang terlantar yang mencari perlindungan, kata Bulan Sabit Merah dalam satu kenyataan.

    Pejabat kemanusiaan PBB berkata, dianggarkan 100,000 lagi orang yang kehilangan tempat tinggal telah tiba di bandar sempadan selatan Rafah yang sudah sesak sejak kebelakangan ini berikutan pertempuran yang semakin sengit di sekitar Deir al-Balah dan Khan Yunis.

    Tentera rejim Israel pada hari ini berkata tenteranya ‘sedang melanjutkan operasi di Khan Yunis’ dan telah ‘menghapuskan berpuluh-puluh pejuang’ di seluruh Gaza sejak 24 jam lalu.

    Rakaman AFPTV menunjukkan asap berkepul-kepul di atas Rafah, dekat Mesir, berikutan serangan baru awal hari ini.

    Kementerian kesihatan di Gaza yang dikuasai Hamas berkata pada kelmarin, tembakan Israel telah membunuh 20 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di kem Shaboura di Rafah. – AFP

    Ibu kepada kembar lapan tahun Ahmed dan Jihan Nasser, yang terbunuh semasa pengeboman Israel, pengsan ketika meratapi mayat mereka di hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda