Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel mula ujian klinikal vaksin

    BAITULMAQDIS, 1 NOV – Israel memulakan ujian klinikal vaksin koronavirus baharu hari ini, kata pihak berkuasa, ketika kerajaan melonggarkan sekatan kedua yang dikenakan untuk mengatasi jangkitan meningkat.

    “Kami dapat melihat harapan cerah,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kepada wartawan di Pusat Perubatan Sheba dekat Tel Aviv.

    Pada awal pandemik, Netanyahu menugaskan Institut Penyelidikan Biologi Israel (IIBR) untuk mengembangkan vaksin terhadap virus tersebut.

    Dua sukarelawan, seorang di Sheba dan seorang lagi di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, menerima vaksin itu hari ini.

    Salah seorang daripada mereka, Aner Ottolenghi, 34 tahun, mendorong sebanyak mungkin orang yang sihat untuk menjadi sukarelawan, menurut kenyataan dari Hadassah.

    Israel akan pertama kali menguji vaksin kepada seramai 80 orang, sebelum memperluaskannya kepada 980 orang dalam fasa kedua, dan kemudian 25,000 orang lagi pada fasa akhir yang dijadualkan pada bulan April atau Mei. Percubaan Israel adalah satu daripada 40 calon vaksin yang diuji di seluruh dunia, menurut (WHO). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda