Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel rancang stesen Trump di Tembok Barat

    BAITULMAQDIS, 28 Dis – Menteri pengangkutan Israel meneruskan rancangan untuk menggali terowong landasan kereta api di bawah Kota Lama, Baitulmaqdis, melewati tapak suci Yahudi, Kristian dan Islam dan berakhir di Tembok Barat dengan sebuah stesen diberi nama sempena Presiden Donald Trump.

    Rancangan Yisrael Katz, kini berada di peringkat awal, melibatkan pembinaan dua buah stesen bawah tanah dan menggali terowong sejauh 2 batu di bawah pusat bandar Baitulmaqdis dan di bawah Kota Lama yang sensitif dari segi politik. Projek itu akan memanjangkan landasan kereta api berkelajuan tinggi Baitulmaqdis yang bakal dibuka ke Tel Aviv ke Tembok Barat, tapak paling suci di mana orang Yahudi bersembahyang.

    Laluan itu akan berhampiran – tetapi tidak secara langsung di bawah –Gereja Makam Kudus yang menjadi tempat suci yang dipertikaikan oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount dan bagi orang Islam sebagai Suaka Kudus (Al-Haram al-Sharif). Penggalian terdahulu oleh Israel berhampiran tapak suci – pusat rohani Israel-Palestin – telah mencetuskan bantahan ganas orang Palestin.

    Disebabkan sensitiviti itu, cadangan berkemungkinan berdepan dengan tentangan keras dari pihak Palestin, negara-negara jiran Arab dan masyarakat antarabangsa.

    Gambar pada 3 November 2010 menunjukkan jambatan yang masih dalam pembinaan untuk laluan kereta api berkelajuan tinggi yang dirancang di antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis, berdekatan Latrun, Israel. – AP

    Katz, pegawai kanan Kabinet yang bertindak sebagai menteri perisikan Israel adalah sekutu rapat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan dilihat oleh orang ramai sebagai bakal penggantinya sebagai ketua parti Likud.

    Jurucakap Kementerian Pengangkutan Avner Ovadia berkata semalam projek itu dianggarkan bernilai lebih AS$700 juta dan jika diluluskan, akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

    Pejabat Katz mengatakan menteri itu mengemukakan pelan itu dalam mesyuarat baru-baru ini dengan eksekutif Israel dan mencepatkannya dalam jawatankuasa perancangan.

    Katz berkata stesen kereta api berkelajuan tinggi itu akan membolehkan para pelawat mengetahui ‘semangat orang Yahudi – Tembok Barat dan Temple Mount. “Dia mencadangkan memberi nama stesen itu sempena nama Trump ‘kerana keberanian dan keputusan bersejarahnya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel” awal bulan ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda