Friday, September 20, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel robohkan kampung Palestin buat kali ke-216

    BAITULMAQDIS, 1 MEI – Tentera Israel hari ini sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat.

    Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.

    Al-Touri menegaskan bahawa penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka sekali lagi, setiap kali dimusnahkan oleh tentera Israel.

    Rumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.

    Perkampungan itu mula dimusnahkan pada 2010.

    Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa tapak perkampungan itu merupakan ‘rizab negara’.

    Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan tentera Israel merobohkan struktur kediaman milik penduduk Palestin di perkampungan al-Araqib di selatan Wilayah Negev, Tebing Barat sebelum ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda