Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel runtuhkan rumah warga Palestin

    NABLUS, PALESTIN, 22 JUN – Pasukan Israel hari ini memusnahkan rumah seorang warga Palestin yang dituduh membunuh seorang askar di Tebing Barat, yang telah dilanda keganasan baharu.

    Minggu ini, kira-kira 17 orang telah terbunuh di wilayah tersebut, sama ada dalam serbuan tentera Israel dalam serangan oleh orang Palestin atau peneroka Israel.

    Setakat tahun ini lebih 200 orang telah meninggal dunia dalam keganasan yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.

    Tentera memasuki Nablus, sebuah bandar Palestin di bahagian utara Tebing Barat, pada waktu malam dan beredar pada waktu fajar selepas meruntuhkan rumah Kamal Jouri di dalam sebuah bangunan pangsapuri kata saksi kepada AFP.

    Tentera berkata mereka meruntuhkan rumah Kamal Jouri, pengganas yang melancarkan serangan tembakan pada Oktober lalu yang mengakibatkan kematian askar Ido Baruch.

    Jouri ditangkap pada Februari lalu dan berada dalam tahanan Israel bersama dengan Osama Tawil, yang dituduh terlibat dalam serangan tersebut dan rumahnya juga diruntuhkan pada 15 Jun, kata tentera Israel. – AFP

    Rumah warga Palestin yang dimusnahkan oleh tentera Israel. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda