Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Israel serang Gaza selepas arahan pemindahan

    SEMENANJUNG GAZA, WILAYAH PALESTIN, 2 JULAI – Tentera Israel hari ini melancarkan serangan maut ke atas selatan Gaza dan memerangi pejuang Hamas selepas mengeluarkan perintah pemindahan yang menurut agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan memberikan kesan kepada 250,000 rakyat Palestin.

    Saksi-saksi melaporkan pengeboman dan tembakan sengit di sekitar Khan Yunis, bandar utama di selatan Gaza tempat tentera Israel berundur pada awal April selepas pertem-puran yang dahsyat selama berbulan-bulan.

    Satu sumber hospital di bandar itu berkata tembakan membunuh lapan orang dan mencederakan lebih 30 yang lain.

    Pengeboman itu berlaku selepas serangan roket di selatan Israel pada pagi kelmarin yang diakui oleh kumpulan Islamic Jihad, yang telah berjuang bersama Hamas.

    Ia disusuli arahan pemindahan di kebanyakan kawasan timur Khan Yunis dan di Rafah di sepanjang sempadan dengan Israel dan Mesir.

    Penduduk Palestin yang dipindahkan meninggalkan kawasan timur Khan Yunis selepas tentera Israel mengeluarkan perintah pemindahan baharu untuk sebahagian besar bandar itu dan Rafah, di selatan Semenanjung Gaza pada 1 Julai. – AFP

    Seorang jurugambar AFP melihat rakyat Palestin meninggalkan timur Khan Yunis dengan berjalan kaki, menaiki kereta dan menaiki kereta kuda atau keldai, membawa barang-barang mereka bersama.

    Beberapa orang pelarian yang tiada tempat untuk pergi terpaksa tidur di jalanan, kata saksi-saksi.

    Ahmad Najjar, penduduk di bandar Bani Suhaila berkata perintah pemindahan Israel telah mencetuskan ‘perpindahan besar penduduk’ dan menimbulkan ‘ketakutan dan kebimbangan yang melampau’.

    Agensi PBB bagi pelarian Palestin menganggarkan bahawa ‘kira-kira 250,000 orang telah terjejas oleh arahan ini,’ kata jurucakap UNRWA, Louise Wateridge.

    “Kami menjangkakan hampir semua penduduk akan berpindah dari kawasan ini,” katanya.

    Pertempuran sengit selama enam hari berturut-turut menyusuli perintah pemindahan sama yang dikeluarkan minggu lalu untuk daerah Shujaiya, Bandar Gaza.

    Seorang wartawan AFP melaporkan tembakan artileri di kawasan utara hari ini, dan saksi-saksi berkata pertempuran senjata telah berlaku tanpa henti. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    Lebih 100,000 cedera masih berada di Gaza

    MOSCOW, 19 NOV – Lebih 100,000 orang yang cedera...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...