Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Israel serang Gaza selepas kemasukan konvoi bantuan

    DEIR AL-BALAH, 23 OKT – Pesawat tentera Israel menyerang sasaran di seluruh Gaza hari ini, termasuk di kawasan di mana orang awam Palestin diminta untuk mencari perlindungan, selepas satu lagi penghantaran bantuan kecil dibenarkan masuk ke wilayah terkepung yang dikuasai Hamas.

    Israel dijangka akan melancarkan serangan darat di Gaza susulan serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober ke atas komuniti Israel selatan. Kereta kebal dan tentera telah berkumpul di sempadan Gaza dan Israel mengatakan bahawa mereka telah meningkatkan serangan udara untuk mengurangkan risiko kepada tentera dalam peringkat seterusnya.

    Kebimbangan peperangan yang meluas telah meningkat kerana pesawat pejuang Israel telah menyerang sasaran di Tebing Barat, Syria dan Lubnan sejak beberapa hari kebelakangan. Israel kerap kali berbalas tembakan dengan kumpulan pejuang Hizbullah di Lubnan, yang dilengkapi dengan puluhan ribu roket.

    Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu tentera di utara Israel kelmarin bahawa, jika Hizbullah memulakan peperangan, ‘ia membuat kesilapan seumur hidup. Kami akan menghancurkannya dengan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan dan akibatnya negara Lubnan akan musnah’.

    Gerakan pejuang Hizbullah adalah sebahagian daripada kerajaan yang bercanggah di Lubnan, tetapi tenteranya beroperasi di luar kawalan negara.

    Israel pernah melancarkan serangan udara hebat ke lapangan terbang Beirut dan infrastruktur awam semasa perang dengan Hizbullah pada tahun 2006. Sementara itu, Israel telah memindahkan beberapa komuniti di sebelah sempadannya sendiri.

    Laksamana Muda Daniel Hagari mengatakan tentera Israel telah memusnahkan lapan sel tentera di Lubnan dalam tempoh 24 jam yang lalu dan lebih daripada 20 sejak perang bermula, tanpa memberikan keterangan lanjut. – AP

    Penduduk Palestin mencari mangsa yang terselamat selepas pengeboman Israel di Semenanjung Gaza di Rafah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...