Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Israel serang Gaza setelah gencatan senjata tamat

    DEIR AL-BALAH, 1 DIS – Jet pejuang Israel mencecah sasaran Hamas di Semenanjung Gaza pada hari ini sejurus selepas gencatan senjata selama seminggu tamat, kata tentera rejim Israel, ketika perang bersambung semula dengan kekuatan penuh.

    Serangan udara melanda selatan Gaza, termasuk komuniti Abassan di timur bandar Khan Younis, kata Kementerian Dalam Negeri di wilayah kendalian Hamas. Satu lagi serangan melanda sebuah rumah di barat laut Bandar Gaza.

    Letupan kuat dan berterusan kedengaran datang dari Semenanjung Gaza dan asap hitam berkepul dari wilayah itu.

    Di Israel, siren berbunyi di tiga ladang komunal berhampiran Gaza memberi amaran tentang tembakan roket yang akan datang, menunjukkan pejuang Hamas juga telah meneruskan serangannya.

    Pengumuman tentera Israel mengenai serangan itu dibuat hanya 30 minit setelah gencatan senjata tamat pada 7 pagi (0500 GMT) Jumaat.

    Awal hari ini, Israel menuduh Hamas telah melanggar syarat gencatan senjata, termasuk dengan menembak roket ke arah Israel dari Gaza.

    Penghentian pertempuran bermula 24 November. Ia pada mulanya berlangsung selama empat hari, dan kemudian dilanjutkan selama beberapa hari dengan bantuan Qatar dan rakan pengantara Mesir.

    Semasa gencatan senjata selama seminggu, Hamas dan pejuang lain di Gaza membebaskan lebih 100 tebusan, kebanyakannya warga Israel, sebagai balasan kepada 240 rakyat Palestin yang dibebaskan dari penjara di Israel. – AP

    Tentera Israel kelihatan berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza, selatan Israel, kelmarin, semasa gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...