NEW YORK, 1 JAN – Pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Semenanjung Gaza dalam tempoh dua bulan lepas, menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA.
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, kelmarin.
Beliau menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan. – Bernama