Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Israel tutup sempadan, langgar perjanjian gencatan senjata – Hamas

    ISTANBUL, 19 OKT – Hamas pada Sabtu berkata keputusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk terus menutup pintu sempadan Rafah merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata serta penolakan terhadap komitmen yang dibuat kepada pihak perantara.

    Pejabat Netanyahu sebelum itu mengumumkan bahawa pintu sempadan itu akan kekal ditutup ‘sehingga diberitahu kelak’, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza.

    Pintu sempadan Rafah dijadualkan dibuka semula pada Rabu lalu sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada 10 Oktober.

    “Keputusan Netanyahu menghalang pembukaan semula pintu sempadan Rafah sehingga diberitahu kelak adalah satu pelanggaran jelas terhadap perjanjian gencatan senjata serta penolakan terhadap komitmen yang telah dibuat di hadapan pihak perantara dan penjamin.

    “Penutupan berterusan Rafah menghalang pemindahan mangsa cedera dan pesakit, menyekat pergerakan orang awam, menghalang kemasukan peralatan khas untuk mencari mangsa yang masih tertimbus, serta menghalang pasukan forensik daripada mengenal pasti mayat. Ini akan melambatkan proses pemulihan dan penyerahan semula (mayat tawanan Israel),” menurut Hamas dalam satu kenyataan.

    Hamas turut menyatakan bahawa, “pelanggaran dan serangan Israel yang berterusan dengan lebih 47 pelanggaran direkodkan sehingga kini, menyebabkan 38 kematian dan 143 cedera, sekali lagi membuktikan niat agresif Israel serta dasar kepungannya terhadap lebih dua juta penduduk Palestin di Gaza.”

    Kumpulan itu menuduh Netanyahu, “membuat alasan palsu untuk menghalang pelaksanaan perjanjian dan mengelak daripada menunaikan tanggungjawabnya.” 

    Hamas turut menggesa pihak perantara dan penjamin bertindak segera menekan Israel supaya membuka semula pintu sempadan dengan serta-merta, mematuhi semua terma perjanjian dan menghentikan jenayah berterusan di Gaza.

    Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, Hamas telah membebaskan 20 tawanan Israel yang masih hidup dan menyerahkan 13 mayat sebagai pertukaran dengan hampir 2,000 banduan Palestin.

    Perjanjian dicapai antara Israel dan Hamas minggu lalu berdasarkan pelan berfasa yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pelan itu turut merangkumi pembinaan semula Gaza serta penubuhan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas. – Bernama/Anadolu 

    Trak dengan bantuan kemanusiaan di sempadan Rafah pada 15 Oktober.  – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...