Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Israel, UAE jalin kerjasama perdagangan dua hala

DUBAI, 31 MEI – Israel memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, perjanjian pertama dengan sebuah negara Arab.

Duta Israel ke UAE, Amir Hayek berkata di Twitter ‘mabruk’ – bermakna tahniah dalam bahasa Arab – dengan gambar pegawai UAE dan Israel memegang dokumen pada majlis penandatanganan yang berlangsung di Dubai.

Duta Emiriah ke Israel, Mohamed Al Khaja, mengalu-alukan perjanjian sebagai satu ‘kejayaan besar’, yang menurut pihak Israel, membatalkan duti kastam ke atas 96 peratus daripada semua produk yang diniagakan.

“Perniagaan di antara kedua-dua negara akan menerima manfaat daripada akses yang lebih cepat dalam pasaran serta tarif yang lebih rendah tatkala kedua-dua negara bekerjasama untuk menambah perdagangan, mewujudkan pekerjaan, mempromosi kemahiran baharu serta meningkat kerjasama,” kata Khaja. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda