Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel-UAE setuju perjalanan bebas visa

    TEL AVIV, 20 OKT – Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju dengan perjanjian perjalanan bebas visa kelmarin, perjanjian yang pertama kali berlaku di antara negara Arab dan Israel, ditandatangani selepas delegasi pertama UAE mendarat di Tel Aviv.

    Lawatan yang digelar sebagai ‘hari kemenangan untuk kedamaian’ oleh Perdana Menteri Benjamin Netahyahu, dibuat selepas Israel dan UAE bersetuju untuk menormalkan hubungan mereka dalam perjanjian yang dibuat di Rumah Putih bulan lalu.

    Dengan ekonomi yang terjejas akibat pandemik koronavirus, UAE dan Isreal berharap hasil yang cepat dari persepakatan normalisasi – yang melanggar selama beberapa tahun perjanjian negara Arab bahawa mereka perlu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan negara Israel sehingga keamanan dengan Palestin dicapai.

    UAE menjadi negara Arab ketiga untuk mengukuhkan hubungan dengan Israel dan diikuti oleh Bahrain.

    Sebelum ini Israel telah mengadakan hubungan damai dengan negara jiran, Mesir dan Jordan, ia memerlukan visa dari warganegara kedua-dua buah negara tersebut sebelum memasuki negara Israel.

    Israel dan Emiriah Arab Bersatu bersetuju dengan perjanjian perjalanan bebas visa yang ditandatangani selepas delegasi pertama UAE mendarat di Tel Aviv. – AFP

    Tidak lama selepas mengalu-alukan kehadiran delegasi UAE di lapangan terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv, Netanyahu berjanji bahawa perjalanan bebas visa akan ‘meningkatkan sektor perniagaan dan pelancongan’.

    Israel dan UAE turut menandatangani perjanjian perlindungan pelaburan, sains dan teknologi serta penerbangan awam yang membenarkan 28 penerbangan seminggu di antara kedua-dua buah negara.

    “Hari ini, kami melakar sejarah yang akan kekal untuk beberapa generasi,” Netahyahu berkata semasa perjumpaan sehari tersebut.

    UAE dan Bahrain menerima kritikan dari negara-negara Arab dan umat Islam mengenai keputusan mereka untuk mengukuhkan hubungan dengan Israel.

    Ketua delegasi UAE ke Tel Aviv, menteri negara bagi bahagian kewangan, Obaid Al Tayer, berkata UAE komited untuk menjadi ‘pemimpin rantau tersebut dari pembaharuan segi ekonomi, perdagangan antarabangsa, kestabilan politik dan pengaman’. –AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda