Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israir lancar penerbangan pertama ke Maghribi

    BAITULMAQDIS, 25 JULAI – Syarikat penerbangan Israel Israir melancarkan penerbangan komersial langsung pertama di antara negara itu dan Maghribi hari ini sejak kedua-dua negara memulihkan hubungan diplomatik dalam perjanjian dibroker AS pada tahun lalu.

    Kira-kira 100 penumpang menaiki kapal terbang yang berlepas dari Tel Aviv ke Marrakesh, beritahu jurucakap Israir Tali Leibovitz kepada AFP, menambah dua hingga tiga penerbangan seminggu telah dirancang menggunakan laluan tersebut.

    Syarikat El Al mengumumkan ia juga telah melancarkan perkhidmatannya ke Marrakesh hari ini, dan merancang mengadakan lima penerbangan seminggu ke sana dan ke Casablanca.

    Pada majlis pelancaran penerbangan El Al yang dihadiri duta Maghribi Abderrahim Beyyoudh, Menteri Pelancongan Israel Yoel Razvozov berkata perkhidmatan akan merangsang ‘kerjasama perdagangan, pelancongan dan ekonomi di antara kedua-dua negara,’ menurut kenyataan El Al. Menteri Luar Israel Yair Lapid berkata minggu lalu beliau akan melawat Maghribi sejurus selepas perkhidmatan Israir dilancarkan.

    Maghribi adalah satu daripada empat negara serantau yang memulihkan hubungan dengan Israel pada 2020, selain Bahrain, Sudan dan Emiriah Arab Bersatu.

    Tindakan itu diambil ketika pentadbiran bekas presiden AS Donald Trump mengiktiraf kedaulatan Maghribi ke atas Sahara Barat, bekas negara jajahan Sepanyol yang dipertikaikan.

    Rabat mempunyai pejabat perhubungan di Tel Aviv tetapi hubungan terputus semasa pemberontakan kedua Palestin pada 2000-2005.

    Perjanjian pemulihan hubungan di antara negara Arab dan Israel telah dianggap sebagai ‘pembelotan’ oleh Palestin, yang percaya proses itu harus disusuli oleh penyelesaian konflik Israel-Palestin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda