Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada 27 Januari jam 9 pagi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Majlis yang membawa tema Sembahyang Mencerdaskan Minda bertujuan memperingati peristiwa bersejarah lsrak dan Mikraj junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Sambutan tahun ini akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan tadabbur serta ceramah khas.
Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd.