Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israk Mikraj: Perkenalkan kanak-kanak tentang solat

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Seramai 505 kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah menghadiri majlis sambutan Israk dan Mikraj yang bertemakan Sembahyang Tiang Agama bagi tahun 1445 hijrah yang berlangsung di Dewan TASKA, hari ini.
     
    Antara lain tujuan majlis tersebut adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak tentang salah satu peristiwa sambutan hari kebesaran Islam, selain menanam rasa sayang dalam diri setiap kanak-kanak terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan ummah yang terbaik. Di samping itu, ia diharap dapat membantu mempraktikkan dan membetulkan pergerakan sembahyang dan menjadikan sembahyang sebagai amalan harian murid-murid. 
     
    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi. Terdahulu itu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan selawat nabi yang diketuai oleh Awang Muhammad Nazmi bin Puasa. 
     
    Majlis sambutan TASKA YSHHB diserikan dengan penerangan dan cerita pendek mengenai peristiwa Israk dan Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW dan tunjuk cara betul pergerakan sembahyang yang disampaikan oleh Dayang Roshamimi binti Haji Ibrahim.
     
    Majlis juga diserikan dengan pergerakan praktikal sembahyang daripada murid-murid Taman Asuhan 2 dan 3. 
     
    Suasana pada majlis sambutan Israk dan Mikraj kanak-kanak dari TASKA YSHHB. – GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda