KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mengambil keputusan membatalkan edisi ke-35 Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thai di Bangkok, Thailand yang sepatutnya berlangsung Disember ini berikutan pandemik COVID-19.
Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata badan pentadbiran sepak takraw dunia itu telah memaklumkan Presiden Persatuan Takraw Thailand Charouck Arirachakaran mengenai perkara itu kerana banyak negara masih tidak membenarkan rakyat mereka melawat ke negara lain akibat pandemik itu. – Bernama