Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    ISTAF perkenal sistem pengiraan baharu

    KUALA LUMPUR, 15 SEPT – Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya, bagi semua kejohanan dan pertandingan sepak takraw berkuat kuasa 2 Februari tahun depan.

    Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia Ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lepas.

    “ISTAF memutuskan dan meluluskan penggunaan sistem pengiraan baharu yang akan dilaksanakan berkuat kuasa 2 Februari 2024 (selepas enam bulan dari tarikh kelulusan) untuk semua kejohanan sepak takraw.

    “Ini bagi memberi masa yang cukup kepada pemain dan pasukan untuk menyesuaikan diri dan menerima pakai sistem baharu itu, untuk kekal berdaya saing di semua peringkat pertandingan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...