Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istana air dibuka semula di Istanbul

    ISTANBUL – Justinian Agung pastinya berasa bangga. Basilica Cistern yang dibinanya untuk ibu negara Empayar Rom Timur di Istanbul moden telah dibuka semula selepas lima tahun menjalani pengubahsuaian yang telah mengubah tapak simpanan air kepada tapak cahaya dan bunyi bawah tanah.

    Dibina pada 542SM berdekatan masjid Hagia Sophia – katedral pada masa itu – gereja itu pernah membentuk sebahagian daripada rangkaian yang terdiri daripada 100 tangki yang dimulakan oleh empayar Rom dan siap oleh Byzantine dan Ottoman untuk membekalkan bandar dan istananya dengan bekalan air yang tetap.

    Dikenali di Turkiye sebagai Yerebatan Sarnici, deretan tiang-tiang yang dipenuhi air itu menjadi terkenal apabila ia dipaparkan dalam satu babak filem James Bond From Russia With Love pada 1963.

    Namun bandar itu terpaksa menutup sebahagian daripada tapak untuk kerja-kerja pemulihan pada 2017 disebabkan bimbang gereja itu akan roboh sekiranya gempa bumi melanda Istanbul.

    Ia telah ditutup sejak pandemik koronavirus pada 2020, membenarkan pekerja memperkukuh dan membersihkan istana air seluas 138 meter dan 65 meter, kata Aysen Kaya, penolong ketua jabatan warisan majlis perbandaran.

    Pelancong melawat tapak sejarah Basilica Cistern di Istanbul, Turkiye. – AFP
    Pengunjung berdiri bersebelahan kepala Medusa dalam Basilica Cistern ketika melawat tapak sejarah di Istanbul. AFP

    Batang besi dipasang di birai hias 336 tiang yang menampung siling bawah tanah, disusun dalam 12 barisan yang terdiri daripada 28 tiang setiap satu. Dinding bata merah muda juga telah diubahsuai.

    “Dengan mengikis lapisan simen tambahan, kami mengganti bata terkini,” kata Kaya. Beliau menunjukkan dua paip yang terdedah oleh kerja terbaharu: satu yang menyalurkan air ke Hagia Sophia, dan satu lagi ke istana sekarang sebelum sultan membina harem Topkapi bersebelahan.

    Tangki Basilica boleh menampung hampir 80,000 liter air, yang menuruni akueduk dari gunung 19 kilometer ke utara. Hasil usaha tersebut membantu melindungi Byzantine daripada kemarau musim panas.

    Kerja-kerja pengubahsuaian juga termasuk jambatan titian di atas air, membawa pelancong dari jarak setengah meter dari permukaan. Dan dengan pencahayaan lebih menarik, lantai kini boleh dilihat buat pertama kalinya.

    Selain perubahan dari segi struktural, gereja itu juga diberikan suasana mistik dengan lampu-lampu bercahaya yang mengalih perspektif pelancong selain mendedahkan ciri-ciri baharu. Kepala Medusa terkenal yang menghiasi dua tiang berkenaan – diukir, menurut legenda, terbalik agar mengelak orang yang merenungnya daripada bertukar kepada batu – kini kelihatan lebih jelas dan menakutkan.

    Di tengah-tengah struktur berusia 1,500 tahun, gabungan seni dan teknik era moden telah dimasukkan untuk memberikan kesan tambahan, seperti tangan yang muncul dari air.

    Kerja seni ikan obor lut cahaya kelihatan menari di antara tiang, disinari oleh warna-warna pelangi yang menerangi dinding gelap dengan cahaya lembut.

    “Kami mahu memasang lampu yang tidak akan melenyapkan suasana mistik di tempat itu,” menurut Kaya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda