Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istana Nurul Iman mula tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bermula dengan majlis pembukaan di Surau, Istana Nurul Iman, di sini, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.

    Atas & BawaH: Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi dan Dato Seri Pahlawan Sulaiman pada majlis berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Tarawih secara berjemaah dan bacaan doa oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Haji Wang Mat Jaya bin Haji Ibrahim.

    Diikuti dengan tazkirah yang bertajuk Fadhilat Membaca Al-Quran yang disampaikan bagi jemaah lelaki oleh Pegawai Perkembangan Ugama (PDI), Ahmas Muzhafar bin Marsidi. Sementara tazkirah bagi jemaah perempuan disampaikan oleh Penguasa Dakwah dan Tabligh (PDI), Pengiran Norhayati binti Pengiran haji kasharan.

    Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan tadarus Al-Quran bermula dari Surah Al-Baqarah dan seterusnya ditutup dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir pada majlis berkenaan adalah ialah pegawai dan kakitangan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran, Jabatan Penjara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai dan Guru Ugama.

     Antara suasana sekitar majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda