BANGKOK, 27 OGOS – Istana diraja Thailand menyiarkan beberapa keping gambar Raja Maha Vajiralongkorn dan permaisuri diraja yang baharu disahkan.
Gambar-gambar yang dipaparkan kelmarin menunjukkan monarki berusia 67 tahun dan Sineenatra Wongvajirabhakdi, 34, dalam pakaian rasmi kebesaran serta pakaian kasual.
Beliau dinamakan Chao Khun Phra Sineenatra Bilasakalayani bulan lalu semasa ulang tahun hari keputeraan raja, menjadi yang pertama menerima gelaran isteri rasmi raja sejak 1921, semasa era monarki mutlak.
Raja mengahwini pasangannya Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya pada Mei beberapa hari sebelum pemahkotaannya dan menamakannya sebagai permaisurinya. Seperti Sineenatra, beliau juga berkhidmat sebagai pegawai kanan dalam unit keselamatan istana.
Vajiralongkorn pernah berkahwin tiga kali dan merupakan ayah kepada tujuh orang anak.
Beberapa imej-imej itu menunjukkan Sineenatra yang memegang jawatan sebagai mejar jeneral tentera terlibat dalam aktiviti beruniform sebagai juruterbang jet pejuang. – AP
