Thursday, February 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran

    PARIS, 12 JUN – Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran menyebabkan penutupan sementara pada petang kelmarin, menurut pengumuman daripada tapak pelancongan terkenal Perancis itu di media sosial X.

    “Kejadian itu berjaya dikawal dengan cepat dan orang ramai dipindahkan sebagai langkah keselamatan.

    Istana dan taman kini dibuka,” kata Istana Versailles. Namun, ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.

    Operasi bomba yang ‘sangat penting’ telah dijalankan di tapak itu sejak tengah hari, lapor akhbar harian Perancis, Le Figaro.

    Beberapa video di media sosial menunjukkan asap keluar dari istana itu sementara pengunjung dipindahkan.

    Salah satu khazanah negara Perancis, bekas kediaman diraja itu menyambut berjuta-juta pengunjung setiap tahun.

    Taman di Versailles akan menjadi tempat acara ekuestrian dan pentathlon moden sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. – Xinhua

    Patung Nymphe et enfant au trident di taman Chateau de Versailles, di Perancis pada 19 September 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda