Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Ajak Shiro masuk hospital

    Isteri kepada penyampai radio Ajak Shiro iaitu Nur Afifah Amin mengalami demam denggi dan kini berada di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

    Menurut Ajak, 34, pada mulanya isterinya mengadu tidak sihat sejak empat hari lalu dan menyangka dia hanya mengalami demam biasa.

    “Isteri saya dah mula tak sihat sejak hari Isnin lalu lagi dan saya sudah bawa dia pergi klinik tapi waktu itu doktor kata hanya alami demam biasa sahaja.

    “Sehingga hari Rabu dia masih tak sihat, saya terus bawa ke Pusat Perubatan Nilai. Bila diperiksa, dia disahkan mengalami demam denggi dan dia terus ditahan wad sehingga hari ini,” katanya kepada mStar.

    Isteri kepada Ajak Shiro mengalami demam denggi dan kini berada di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan. – Agensi

    Sebelum ini, pelawak terkenal itu berkongsi foto isterinya mendapatkan rawatan di hospital di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, biarpun dalam keadaan krisis penularan wabak COVID-19, Ajak meluahkan rasa syukur kerana dapat melawat isterinya di hospital setiap hari.

    “Alhamdulillah walaupun tengah keadaan COVID-19 tapi hospital membenarkan ahli keluarga melawat tapi kena ikut langkah keselamatan. Jadi, setiap hari saya akan datang melawat dia.

    “Tapi anak-anak saya tinggal di rumah sebab memang tak boleh datang dan saya juga hadkan pelawat. Hanya membenarkan ayah dan ibu mentua sahaja datang,” katanya.

    Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak dan Nur Afifah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda