Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Akon mahu cerai menjelang ulang tahun perkahwinan

    Selepas hampir tiga dekad bersama, isteri Akon, Tomeka Thiam, memfailkan cerai terhadap penyanyi Lonely itu empat hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-29.

    Menurut dokumen mahkamah, pasangan itu berkahwin secara sah pada 15 September 1996.

    Thiam menjelaskan bahawa dia adalah ibu kepada seorang daripada anak Akon, yang kini berusia 17 tahun.

    Thiam memohon hak penjagaan undang-undang bersama ke atas anak mereka. Daripada segi kewangan, dia juga menuntut sokongan kewangan daripada Akon.

    Walau bagaimanapun, dia meminta mahkamah untuk memberikannya hak penjagaan fizikal sepenuhnya, yang bermakna anak terbabit akan tinggal bersamanya.

    Sehingga kini, Akon masih belum memberikan sebarang maklum balas secara terbuka mengenai pemfailan perceraian oleh isterinya itu.

    Perpisahan itu berlaku selepas bertahun-tahun spekulasi awam menyelubungi kehidupan peribadi Akon. Terutama mengenai pandangannya mengenai poligami dan hubungan peribadinya.

    Sebelum ini, Akon sering memberi jawapan samar-samar dalam temu bual mengenai bilangan isterinya.

    Walaupun sering elak menjawab, Thiam adalah pasangannya yang paling dikenali umum.

    Sementara berdepan proses perceraian, Akon juga sedang mengusahakan pembangunan projek kontroversinya, Akon City, di negara asalnya, Senegal. Projek itu turut terpalit pelbagai cabaran dan laporan negatif. – Agensi

    Isteri Akon failkan penceraian. – Gambar HM Online.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda