Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri ditikam mati dalam pergaduhan

    LE PECQ, PERANCIS, 27 JULAI – Seorang lelaki Brooklyn yang memberitahu penyiasat polis Perancis bahawa dia membunuh isterinya dengan menikamnya dua kali semasa satu pergaduhan telah didakwa membunuh, kata pendakwa hari ini.

    Lelaki warga Perancis-Amerika, dikenal pasti dalam laporan media Perancis sebagai Billy Kruger, memberitahu penyiasat dia bertindak untuk mempertahankan diri, beritahu Marie-Agnes Joly, pendakwa di bandar barat daya Narbonne, kepada The Associated Press.

    Kruger diletakkan di bawah siasatan formal semalam atas dakwaan membunuh dan diarah ditahan dalam penjara, sementara menunggu perbicaraan.

    Mayat isterinya, Laure Bardina-Kruger, 52, ditemui pada Jumaat di Peyriac-de-Mer, di pantai Mediterranean, selatan Narbonne.

    Pasangan itu tinggal di Jakarta, Indonesia, di mana Billy bekerja sebagai juruselam dan isterinya bekerja sebagai guru, kata Joly. Pasangan itu mempunyai rumah percutian di Peyriac-de-Mer, dan polis menemui mayat isterinya tersembunyi dalam parit berhampiran rumah mereka.

    Suami ditahan pada Jumaat ketika dia bersedia untuk berlepas dari Toulouse ke Jakarta, kata pendakwa.

    Pasangan itu dijangka berlepas bersama. Ibu bapa isterinya menghubungi polis selepas mereka gagal menelefon pasangan itu sebelum penerbangan. Polis yang dihantar ke rumah pasangan mendapati barang kepunyaan isterinya masih ada dalam rumah. Mereka mendapat tahu suami anaknya telah berlepas sendirian. Dia ditahan di zon pelepasan lapangan terbang. – AP

    Polis Perancis berdiri bersebelahan parit di mana mayat Laure Bardina-Kruger ditemui di Peyriac de Mer, selatan Perancis pada 24 Julai 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda