Friday, January 31, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri enggan buka aib Along Cham sebab masih sayang

    Isteri Along Cham berjanji tidak akan membuka sebarang aib mengenai pelawak tersebut kerana masih ada rasa sayang terhadap suaminya.

    Afreena Suhaimi berkata, dia reda dengan segala tohmahan dibuat Along terhadapnya dan tidak akan melakukan perkara serupa.

    “Tidak mengapa, awak boleh dedahkan apa sahaja kenyataan yang awak mahu. Awak masih lagi ‘suami’ saya.

    “Saya tidak akan aibkan awak tanpa mengira apa berlaku atau fitnah yang awak buat. Siapa tak sayang suami kan?,” katanya.

    Afreena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

    Dalam pada itu, Afreena terkejut dengan semua dakwaan dilemparkan terhadapnya dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut Along.

    Afreena turut berasa sangsi dengan sikap suaminya yang dilihat sudah banyak berubah.

    “Mak Lampir, scammer RM100,000? Curang? Block keluarga? Apa lagi? Apa jadi dengan suami saya kerana saya tahu awak tidak macam ini. Terima kasih suami atas segalanya,” ujarnya.

    Pada 28 Januari lalu, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mendakwa Afreena menyeleweng dana sumbangan orang ramai termasuk rakan artis berjumlah hampir RM100,000.

    Dakwaan itu dibuat Along sehari selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) pelawak berkenaan daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

    Afreena yang menyangkal dakwaan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Rabu mendakwa dia mangsa penipuan seorang wanita dikenali sebagai Ika.

    Dakwa Afreena, dia menyerahkan wang sebanyak RM95,180 kepada wanita terbabit bagi membantu Along yang ketika itu sedang ditahan akibat kes membabitkan dadah.

    Along juga bakal memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

    Untuk rekod, Along dan Afreena berkahwin pada 4 April 2024 selepas sembilan tahun menduda. – Agensi

    Afreena masih sayang dan hormat kepada Along (kanan).- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda