Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Isteri Fizo Omar hamil lagi

    Pelakon, Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sedang hamil lima bulan anak kedua mereka.

    Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, dia menyifatkan kehamilan isterinya itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka memandangkan baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertama dengan Fezeera 11 bulan lalu.

    “Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua.

    “Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce,” katanya.

    Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

    Fizo Omar bakal timang cahaya mata ketiga. – Agensi

    Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya, Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.

    Malah dia turut dilihat teruja bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri.

    Ramai mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

    “Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya.

    “Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu.

    “Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing,” antara komen warganet.

    Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 di sebuah masjid di Hulu Klang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

    Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan.

    Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...