Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Haqiem Rusli kembali berhijab

    Penyanyi Haqiem Rusli menjadi perhatian dalam kalangan peminat selepas berkongsi foto terbaharu isterinya yang kini dilihat kembali memakai tudung.

    Berserta hantaran tersebut, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, turut meninggalkan ungkapan kata-kata manis buat isterinya iaitu Anis Sofea.

    Haqiem berkata, meskipun apa dilakukan dilihat menyakitkan namun berharap Anis terus kuat dan semua perkara akan menjadi lebih baik, kongsi mStar.

    “Walaupun ia menyakitkan sekarang, teruslah kuat. Semuanya akan jadi lebih baik.

    “Awak bersama saya dalam sukar dan senang,” katanya.

    Haqiem meluahkan perkara itu menerusi perkongsian di lnstagram miliknya semalam.

    Dia turut menggunakan lagu nyanyian Afgan berjudul Bukan Cinta Biasa sebagai latar belakang hantaran berkenaan.

    Sementara itu menerusi ruangan komen, ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin yang turut mendoakan kebahagiaan anak menantunya itu.

    “Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kedua anak mak. Cantiknya macam ini,” tulisnya.

    Dalam pada itu, warganet turut memuji penampilan Sofea yang kelihatan lebih manis bertudung dan mendoakan agar wanita itu terus kekal istiqamah. – Agensi

    Haqiem ungkap kata-kata semangat buat isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda