Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Ifan Seventeen jalani IVF harap segera dapat anak

    Baru sebulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan dan isterinya iaitu Citra Monica tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

    Malah Ifan dan isteri yang juga seorang model terkenal Indonesia itu mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (​IVF) baru-baru ini.

    “Bismillah, baru-baru ini, isteri saya sudah melalui proses IVF bermula dengan pengambilan telur untuk dimasukkan ke dalam tabung. Doakan semuanya berjalan dengan lancar,” kata Ifan menerusi laman Instagram miliknya.

    Rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dan proses yang dilalui mereka berjalan dengan lancar.

    Bagaimanapun terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin.

    Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

    Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

    Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen. – Agensi

    Citra Monica mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro kerana tidak sabar untuk menimang cahaya mata. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda