Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Isteri John Legend alami keguguran

Isteri kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas beberapa kali cuba menyelamatkan anak dalam kandungan itu.

Chrissy berkata, dia mengalami pendarahan yang banyak dan sudah beberapa kali melakukan pemindahan darah. Beliau turut berkata, dia dan suaminya berada dalam kesedihan berikutan ini merupakan kali pertama mereka mengalami kehilangan seperti ini.

“Kami tidak mampu menghentikan pendarahan dan memberikan cairan yang diperlukan anak kami. Biarpun beberapa beg darah sudah dimasukkan tapi ia tetap tidak cukup,” tulis Chrissy.

Chrissy meluahkan rasa kecewa dan menyesal tidak dapat menyelamatkan anak damit lelaki yang bakal diberi nama Jack.

“Kepada Jack, saya sangat menyesal di awal hidup kamu mengalami banyak komplikasi sehingga kami tidak dapat memberikan ruang untuk kamu perlukan untuk bertahan hidup. Kami akan selalu menyayangimu,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama Chrissy mengalami masalah dalam kehamilan ketiganya ini.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan keadaan kandungannya sihat namun plasentanya tidak cukup membantu anak damit itu untuk membesar di dalam perut.

John Legend berkahwin dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata. – Agensi

Chrissy dan suaminya, John Legend berada dalam kesedihan berikutan ini merupakan kali pertama mereka mengalami kehilangan. – Agensi
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda