Tuesday, February 4, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Kanye West bakal dihukum susulan penampilan melampau

    Isteri kepada penyanyi rap Kanye West iaitu Bianca Censori bakal berdepan hukuman penjara gara-gara penampilan melampau semasa di majlis Anugerah Grammy 2025.

    Ini selepas Bianca, 30, mencuri tumpuan apabila bertindak melepaskan kot hitam dan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya kelihatan seperti telanjang.

    Mirror melaporkan Bianca didapati bersalah atas kesalahan mendedahkan tubuh atau kemaluan secara sengaja.

    Jika Bianca disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan hukuman sehingga enam bulan penjara daerah dan atau denda maksimum $AS1,000.

    Namun, sekiranya kesalahan tersebut berulang, isteri kepada Kanye akan dijatuhi hukuman lebih berat dengan minimum 10 tahun penjara di penjara negeri.

    Tindakan beraninya mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang mempersoalkan kelonggaran kod pakaian bagi acara berprestij itu.

    “Setiap kali saya melihat isteri Kanye seperti telanjang, saya sangat pelik melihatnya.

    “Isteri Kanye telanjang sepenuhnya. Acara ini tiada kod berpakaian ke?” komen warganet. – Agensi

    Berpakaian tidak senonoh di Grammy 2025, Bianca bakal dipenjara. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda