Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Isteri Mamat Sepah anxiety, selalu menangis

    Digari dan ditahan reman dua hari oleh pihak polis meninggalkan kenangan tak mampu dilupakan buat pelawak Mamat Sepah dan isterinya, Nordiana Ibrahim.

    Sebelum ini, Mamat dan Nordiana ditahan bagi membantu siasatan dakwaan penyebaran makluman dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram, baru-baru ini.

    Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkata, detik itu dianggap simbolik perkahwinannya akan berkekalan hingga akhir hayat.

    “Jika bercerita kenangan manis, kalau dulu mungkin ketika Sepah menjuarai program realiti, Maharaja Lawak musim ketiga.

    “Kenangan manis sekarang tidak boleh dilupakan bila digari bersama isteri pergi ke mahkamah dan buat ujian air kencing.

    Mamat anggap insiden ditahan reman dan digari bersama isteri sebagai simbolik rumah tangga akan berkekalan. – mStar

    “Kalau saya dan isteri panjang umur, dialah satu-satunya insan yang pernah digari bersama. Secara simboliknya, kami akan hidup lama bersama,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas lanjut, Mamat yang mula dikenali menerusi Kumpulan Sepah bersama Jep dan Shuib berkata, isterinya yang juga seorang anggota polis masih terkesan dengan insiden itu.

    Katanya, Nordiana seolah-olah masih belum mampu menerima takdir yang menimpa, biarpun sudah sebulan berlalu.

    “Aib isteri saya macam mana? Sebagai artis, saya sudah biasa diaibkan, jadi tak kisah.

    Isteri mengalami masalah anxiety (keresahan) yang teruk dan menyebabkannya selalu bergenang air mata,” katanya.

    Bagaimanapun, pelawak berusia 38 tahun itu enggan mengulas lebih terperinci berhubung kes berkenaan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    “Saya hanya orang yang disyaki, tapi belum dituduh. Secara kebetulan, ada kes pembunuhan disebarkan.

    “Zaman sekarang apa sahaja mudah viral. Jadi, saya tidak mahu ulas sebab tidak mahu mendahului siasatan,” katanya. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    ‘Nyanyian langsung cabaran baharu di pentas teater’

    Selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater...

    Bekas isteri bimbang anak ikut wajah Sule

    Penyanyi Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran...

    Muzium pamer patung lilin Puteri Diana dengan ‘gaun dendam’

    PARIS, 20 NOV – Muzium patung lilin Grevin di...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...