BRAZIL – Cleberson Silva sebelum ini pernah menjadi setiausaha untuk akhbar tempatan di negara itu yang memaparkan tentang kejayaan sebuah bola sepak kebanggaan Brazil yang mendapat kegemilangan secara berperingkat di negara itu kemudian di peringkat antarabangsa. Apa yang pasti, Cleberson menyaksikan sendiri kegemilangan pasukan itu dari semasa ke semasa dan pada 29 November, setiausaha yang berusia 39 tahun itu turut menaiki pesawat yang membawa pasukan kebanggaan Brazil itu bagi mengikuti perlawanan kejohanan serantau di Medelin, Colombia. Namun malangnya, pesawat itu tidak sampai ke destinasinya dan terhempas membunuh 71 penumpang dan juga kakitangan pasukan itu.
Namun seminggu kemudian, bandar raya Chapeco diambang penuh duka dan kesedihan, Sirli Freitas yang berusia 33 tahun telah pergi ke kelab pasukan itu bagi mendapatkan semula barang-barang milik mendiang suaminya. Namun kedatangan Sirli memberi satu peluang dan kejutan yang tidak dijangka, “Mahukah anda mengambil semula kerja mendiang suami anda?
Sirli Freitas membesarkan lapan orang anak dan paling bongsu berusia tiga tahun. Sirli bekerja sebagai seorang juru foto untuk wartawan di sebuah akhbar tempatan, Diario Catarinense, oleh itu beliau sangat memahami dengan pekerjaan yang pernah dibuat oleh mendiang suaminya itu.
Sebagaimana sebelum ini, suaminya pernah dikelilingi oleh para wartawan dengan beberapa pertanyaan dan soalan mengenai pasukan itu yang semakin meningkat gagah namun kini Sirli berdepan satu situasi baru di mana kebanyakan wartawan bertanya mengenai situasi tragedi itu dari seluruh dunia. “Kadang-kadang, saya sendiri masih lagi tidak percaya bahawa semua itu telah berlaku kerana ia begitu menyakitkan dan seolah-olah ia seperti satu kejadian yang tidak benar berlaku,” kata Sirli kepada wartawan AFP.


Pelayaran yang menyakitkan
Apa yang pasti bekerja di Chapecoense sebenarnya adalah salah satu daripada proses pembinaan semula jati diri Sirli Freitas namun beliau juga berfungsi utama bagi membantu menaikkan kembali kelab itu bersama-sama dengan kakitangan yang lain. Sirli Freitas mengambil peranan suaminya kembali di mana mendiang suaminya itu sangat suka bekerja dan ini membuatkan Sirli terasa kenangan pahit itu secara berterusan.
“Setiap hari saya akan mengalami pengalaman dan detik-detik yang rumit kerana saya sering kali teringat dia. Saya melakukan apa yang pernah dilakukannya namun saya lakukannya dengan lebih baik dan bagus daripada dia. Kadang-kala, saya berfikir bagaimana kalau suami saya masih ada di sini dan membantu saya untuk mengatasi detik-detik sukar ini,” tambah Sirli lagi kepada wartawan AFP.
Antara waktu yang paling sukar ialah ketika kepulangan pasukan itu bagi mengikuti semula pertandingan antarabangsa di Peru pada bulan Mac yang lalu. Kebanyakan pemain merupakan lepasan akademi sukan yang disyorkan dan juga ahli pasukan yang tidak ikut serta dalam penerbangan yang membawa maut itu serta pemain secara pinjaman daripada kelab-kelab yang lain. “Ini bermakna saya akan ikut terbang, malah saya merasakan sangat sukar untuk mengikuti penerbangan itu kerana saya tidak dapat berhenti daripada memikirkan situasi yang berlaku di Colombia,” kata Sirli lagi kepada wartawan AFP.

Namun pada hari Selasa yang lalu, pasukan kebanggaan Brazil itu telah berlepas ke Montevideo untuk bermain bersama dengan pasukan Nasional Uruguay di Copa Libertadores, temasya sukan utama di rantau itu. Sirli bagaimanapun tidak ikut serta namun apa yang pasti, perjalanan yang mencabar bagi dirinya nanti ialah pada 10 Mei nanti bila mana pasukan itu akan kembali semula membuat perjalanan ke Medelin bersama dengan Sirli di mana kejadian duka itu berlaku.
Mangsa yang selamat dalam tragedi ngeri itu sentiasa berkabung dan diberikan status yang istimewa di Chapeco. Enam penumpang selamat dan hidup mengharungi hari-hari mereka di mana tiga daripadanya adalah pasukan hebat itu. Penjaga gol, Jakson Follmann terselamat dalam tragedi itu namun kaki beliau terpaksa dipotong.
Menurut laporan media tempatan bahawa walaupun menyedari akan hakikat bahawa pasukan itu sangat dekat dengan komuniti Chapeco, ada yang telah mengkritik terhadap pengurusan baru pasukan itu. Sekurang-kurangnya lima orang telah memfailkan tindakan undang-undang menuntut ganti rugi. Namun bagi Sirli Freitas, beliau perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pertempuran dirinya dengan hal peribadi.
“Saya mempunyai dua budak kecil untuk dijaga dan saya perlu buat mereka percaya bahawa ibu mereka adalah baik dan kuat sebenarnya keadaan mereka membuatkan saya bimbang,” tambah Sirli lagi kepada wartawan. – AFP