Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri PM Kanada positif COVID-19

    MOSCOW, 13 MAC – Sophie Gregoire Trudeau, isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, disahkan dijangkiti penyakit COVID-19, memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Bagaimanapun, setakat ini Trudeau tidak menunjukkan sebarang gejala yang berkaitan dengan penyakit itu.

    Agensi berita Sputnik melaporkan kelmarin, Trudeau dan isteri telah mengkuarantin diri mereka selepas Sophie menunjukkan gejala seperti selesema. “Hari ini Sophie Gregoire Trudeau telah diuji positif COVID-19 dan telah diasingkan. Beliau dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan. “Pegawai kesihatan akan mengesan kontak rapat dengan Sophie. Perdana Menteri dalam keadaan baik tanpa sebarang gejala. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari,” memetik kenyataan pejabat presiden. – Bernama

    Isteri kepada Perdana Menteri Kanada, Sophie Geogoire Trudeau, telah disahkan dijangkiti penyakit COVID-19.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda