Isteri PM Kanada sembuh dari COVID-19

MONTREAL, 29 MAC – Sophie Gregoire-Trudeau, isteri perdana menteri Kanada, Justin Trudeau, telah sembuh dari jangkitan koronavirus, beliau berkata kelmarin.

“Saya rasa sangat baik dan telah menerima laporan semua okey dari doktor saya dan Kesihatan Awam Ottawa,” beliau menulis dalam laman Facebook miliknya.

“Dari hati saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menghubungi saya dengan harapan mereka.”

Beliau diuji positif dari virus tersebut pada 12 Mac selepas pulang dari Britain, di mana beliau dan suami menjalani pengasingan diri sebagai langkah berjaga-jaga.

Presiden Kanada tersebut sejak itu memberikan penerangan harian media melalui kediamannya.

“Saya sangat percaya bahawa sains dan belas kasihan telah membawa kita keluar dari krisis ini,” Gregoire-Trudeau berkata.

“Ini bererti mendengar dan mengikuti protokol kesihatan dan berada di rumah untuk ketika ini.”

Awal Sabtu lalu Trudeau memberitahu wartawan beliau akan berada di rumah bersama keluarganya di kediamannya walaupun tempoh 14 hari pengasingan dirinya telah tamat.

“Kami akan terus untuk mengikuti nasihat daripada pakar kesihatan. Dan semua orang mesti melakukannya, kita mesti cuba untuk tinggal di rumah, untuk mengasingkan diri kita sekerap mungkin, tidak keluar jika tidak perlu,” beliau berkata. – AFP

Isteri perdana menteri Kanada, Sophie Gregoire-Trudeau telah sembuh daripada jangkitan koronavirus sejak 12 Mac selepas pulang dari Britain. – AFP