Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Isteri Presiden China, Filipina lawat Muzium Negara China

    BEIJING, 5 JAN – Isteri Presiden China, Peng Liyuan mengiringi isteri Presiden Filipina, Louise Araneta Marcos untuk mengadakan lawatan ke Muzium Negara China di sini, semalam.

    Peng dan Louise meluangkan masa melawat Pameran Bersama Artifak Simpanan Kota Larangan dan Muzium Negara yang bertemakan ‘Hidup Secara Harmoni’.

    Lebih 400 artifak yang mencerminkan tamadun sejarah China dan nilai tradisi China yang ‘menjunjung tinggi persamaan’ turut dipamerkan sempena lawatan itu.

    “China mengamalkan dasar ‘akrab dengan jiran dan harmoni dengan dunia’ dan Filipina pula adalah negara penting pesisir Jalan Sutera Maritim.

    “Diharapkan agar Beijing dan Manila akan terus menyemarakkan persahabatan tradisional dan menaik taraf hubungan bilateral,” kata Peng.

    Louise turut menzahirkan penghargaan kepada Peng atas undangan untuk melawat muzium berkenaan dan memuji usaha China memelihara pelbagai jenis artifak yang penuh dengan nilai sejarah dan kesenian.

    Beliau juga berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan kebudayaan China.

    “Rakyat kedua-dua negara diharap mewarisi semangat Jalan Sutera dan terus memperhebat persahabatan yang saling mempercayai,” kata Louise. – Bernama

    Peng (tengah) dan Louise meluangkan masa melawat Pameran Bersama Artifak Simpanan Kota Larangan dan Muzium Negara yang bertemakan ‘Hidup Secara Harmoni’. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...