Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Isteri Raja Afiq mohon doa orang ramai buat suami

    Pelakon kacak yang terkenal dengan watak Kapten Mukhriz dalam drama Sayangku Kapten Mukhrizi iaitu Raja Muhammad Afiq Raja Razali atau lebih dikenali sebagai Raja Afiq telah mengejutkan peminat selepas memberikan kenyataan di sebuah portal berita mengenai dirinya, yang dikatakan telah terkena buatan orang serta menyebabkan tubuh badannya kelihatan kurus dan cengkung berbanding awal kemunculannya dahulu.

    Isteri kepada Raja Afiq, Soffwany Yusoff menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa suaminya sudah lama berada dalam keadaan tidak sihat dan telah mencuba perubatan moden dan tradisional untuk merawat masalah kesihatan suaminya itu.

    “Akhirnya..Memang sudah lama Raja Afiq tidak sihat dan sudah jumpa doktor dan cuba perubatan tradisional juga,” ujar Soffwany.

    Soffwany mengakui suaminya sudah memendam terlalu lama, turut memohon doa orang ramai agar suaminya itu kembali pulih seperti sediakala.

    “Baru hari ini dia berani membuka cerita pada media. Sebelum ini dia pendam saja. Tidak ada semangat dan kekuatan.”

    “Semoga tahun ni diberi sinar baharu pada Raja Afiq. Marilah kita sama-sama doakan semoga dia kembali pulih…amin..” ujar Soffwany

    Menurut laporan MStar, Raja Afiq membuat pendedahan mengenai dirinya yang mengalami gangguan sihir oleh individu yang tidak dikenali yang mahu menyekat rezekinya serta menyebabkannya rasa down untuk bertemu dengan orang ramai. – Agensi

    Soffwany memohon doa orang ramai agar suaminya itu kembali pulih seperti sediakala. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...