Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua

    Hadiah paling istimewa sempena sambutan Krismas.

    Isteri kepada pelakon Randy Pangalila iaitu Chelsey Frank berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua, tahun depan.

    Menerusi hantaran di Instagram, Chelsey memuat naik gambar alat ujian kehamilan bersama dengan sekeping kad ucapan memberitahu ini merupakan hadiah Krismas untuk mereka sekeluarga.

    “Santa bagi kejutan kepada kami tahun ini. Anak nombor dua dalam perjalanan,” katanya. Sementara itu, Randy pula meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas tahun ini bersama anak perempuan dan isteri tercinta.

    “Krismas tahun ini tidak akan sama tanpa awak. Saya sangat rindukan awak dan Blair. Saya berharap boleh berada di sana dan menyambut Krismas bersama-sama. Tetapi doa saya untuk awak dan Blair akan sentiasa ada,” katanya.

    Untuk rekod, Randy berkahwin dengan Chelsey Frank pada 19 Januari 2019 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Blair Willow Pangalila yang kini berusia satu tahun sembilan bulan. – Agensi

    Randy teruja terima hadiah Krismas bakal timbang anak kedua Jun tahun depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda