Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Isteri rayu bantuan tampung kos perubatan Ibnor Riza

    Dalam keadaan suami terlantar di hospital, isteri penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza (gambar-Agensi), iaitu Sarimah Sulaiman mengaku berdepan kekangan dalam menampung kos perubatannya.

    Hilang mata pencarian, Ibnor masih dirawat di Hospital Port Dickson (HPD) akibat pelbagai komplikasi penyakit seperti leher membengkak, darah tinggi, kencing manis, hilang suara, migrain dan tahap kolesterol kritikal.

    Justeru, tiada lain, Sarimah, 51, merendah diri mengharapkan orang ramai menghulurkan bantuan dalam bentuk apa sekalipun, bagi meringankan beban selepas suami bertarung dengan tahap kesihatan membimbangkan, sejak tiga bulan lalu.

    “Kami sekeluarga bimbang dengan keadaan semasa Ibnor.

    “Kami harap doa daripada semua pihak. Ibnor adalah ketua keluarga, jadi, apabila suami jatuh sakit, kami berdepan kesukaran.

    Ibnor masih dirawat di Hospital Port Dickson (HPD) akibat pelbagai komplikasi penyakit. – Agensi

    “Saya mohon bantuan untuk menampung kos perjalanan bagi tujuan rawatan suami di hospital.

    “Ini juga cadangan daripada kenalan terdekat.

    “Tetapi, saya tak sempat suarakan kerana perkara ini berlaku pantas.

    “Jadi, jika ada yang sudi beri bantuan kewangan terutamanya, kami sangat berterima kasih,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Sarimah bersyukur rakan-rakan Ibnor yang bergiat dalam dunia seni tidak lokek tampil menghulurkan bantuan.

    “Rakan-rakan artis banyak membantu, antaranya, Datuk Nash dan Datuk DJ Dave. Ini sedikit sebanyak memudahkan urusan rawatan suami,” katanya.

    Ditanya keadaan Ibnor selepas dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), selepas pengsan di kediamannya, Ahad lalu, Sarimah berkata, doktor masih mencari punca masalah kesihatan suaminya itu.

    “Sekarang, suami sudah dimasukkan ke wad biasa. Doktor masih siasat bengkak pada lehernya,” kata isterinya Sarimah. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...