Perkongsian video isteri kepada aktor terkenal Remy Ishak iaitu Ezza Yusof di Instagram menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengharapkan berita baik tentang cahaya mata pertama.
Ezza yang memuat naik rakaman video dan foto OOTD (outfit of the day) menggayakan pakaian berwarna merah jambu menerima komen pengikut yang bertanyakan tentang perubahan perut seakan-akan ‘baby bump’.
Malah, rata-ratanya teruja dan mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata selepas tujuh bulan berumah tangga.
“Akak mengandung ke? kita doakan agar menjadi kenyataan,” tulis beberapa warganet di ruangan tersebut.
Malah, pelakon Fasha Sandha turut mengatakan beg tangan yang digayakan Ezza itu seperti memberi petanda baik dengan meletakkan emoji botol susu.
Bagaimanapun usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Ezza dan Remy gagal apabila mereka tidak membalas mesej.
Usahawan jenama kasut 2morow itu turut meletakkan had untuk meninggalkan komen di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi laporan sebelum ini, Remy mengakui dia sudah mula berfikir soal cahaya mata selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
Namun Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata dia dan isterinya kini sibuk dengan kerjaya serta belum pernah berbincang soal zuriat.
Untuk rekod, Remy bernikah dengan ahli perniagaan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusoff pada 21 Ogos 2021. – Agensi
