Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Isteri risau suami selalu pulang lewat

    Saya ingin berkongsi perasaan saya yang telah lama terpendam.

    Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Suami saya sebenarnya seorang yang sangat bertanggungjawab dan bekerja keras untuk keluarga kami. Namun, sejak kebelakangan ini, saya mula merasakan sesuatu yang tidak kena.

    Suami saya sering pulang lewat malam dengan alasan kerja yang banyak di pejabat. Pada mulanya, saya cuba memahami keadaan dan menyokongnya. Tetapi semakin hari, perasaan risau dan curiga mula menguasai diri saya. Setiap kali dia pulang lewat, pelbagai fikiran buruk bermain di minda saya atau istilah orang kitani disebut ‘beuri’. Adakah dia benar-benar sibuk dengan kerja? Atau adakah dia sedang bersama orang lain?

    Saya pernah cuba berbual dengan suami tentang perasaan saya, tetapi dia selalu mengatakan bahawa saya tidak perlu risau dan dia benar-benar sibuk dengan urusan kerja.

    Namun, kata-kata itu tidak mampu menghilangkan keraguan di hati saya. Malah, setiap kali dia menerima panggilan telefon lewat malam atau keluar tanpa memberitahu saya, perasaan curiga semakin mendalam.

    Gambar Freepik

    Pernah satu malam, suami saya pulang lebih lewat daripada biasa. Saya menunggu di ruang tamu dengan perasaan marah dan sedih. Apabila dia akhirnya pulang, saya tidak dapat menahan diri lagi dan terus bertanya secara langsung jika dia ada hubungan dengan orang lain. Suami saya terkejut dengan pertanyaan saya dan berkata bahawa saya tidak mempercayainya. Dia menegaskan bahawa dia setia kepada saya dan anak-anak.

    Selepas perbualan itu, saya berasa sedikit lega, tetapi perasaan curiga masih ada. Saya sedar bahawa saya mungkin terlalu berfikir bukan-bukan, tetapi sukar untuk menghilangkan rasa risau ini. Saya sangat sayangkan suami saya dan tidak mahu hubungan kami terjejas oleh rasa curiga yang tidak berasas.

    Kepada para pembaca, jika awda pernah mengalami situasi yang sama atau mempunyai nasihat untuk saya, saya amat menghargainya. Saya berharap dengan berkongsi kisah ini, saya dapat mencari jalan keluar dan belajar mempercayai semula orang yang saya cintai.

    Laila

    NASIHAT DANG MP

    Dang MP faham bahawa Laila sedang menghadapi masa yang sangat sukar sekarang.

    Memang wajar untuk merasa tertekan jika pasangan disyaki terlibat dalam hubungan sulit.

    Namun, belum dapat dipastikan adakah dia benar-benar terbukti melakukan perkara sedemikian.

    Dang MP ingin mengingatkan bahawa penting untuk berbincang secara terbuka dan jujur dengan suami tentang perasaan Laila. Laila harus ceritakan bahawa curiga Laila masih ada dan memohon pandangan atau bantuan suami apa yang boleh dilakukan olehnya. Selalunya berkongsi kebimbangan membantu menjelaskan kekeliruan dan memberikan pencerahan.

    Berilah masa suami untuk berehat daripada penat bekerja sebelum mencari ruang untuk dia juga turut bercerita mengenai kerjanya yang semakin banyak itu. Mungkin cara itu boleh membantu Laila dan suami memahami keadaan dengan lebih baik.

    Pertimbangkan juga untuk mendapatkan sokongan daripada kaunselor. Seorang profesional dapat memberikan panduan dan membantu awda berdua menangani isu kepercayaan dan memperbaiki komunikasi.

    Semasa ini juga Laila harus menjaga diri sendiri. Ketenteraman dan kesihatan adalah sangat penting dan menguruskan tekanan serta emosi akan membantu Laila menghadapi situasi ini dengan lebih jelas.

    Akhir sekali, cuba untuk tidak membuat keputusan besar berdasarkan hanya kepada syak wasangka. Adalah penting untuk memahami situasi dengan jelas sebelum membuat sebarang keputusan besar.

    Dang MP harap cadangan-cadangan ini dapat membantu Laila mencari jalan penyelesaian.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    Langkah kecil, ketakutan besar

    Kadang-kadang aku rasa masa depan itu seperti tempat gelap...

    Antara persahabatan dan perasaan

    Aku tak pernah sangka hati boleh jadi seberat ini....

    Hubungan seorang lelaki dengan anak hasil perbuatan zinanya

    Sambungan minggu lepas… (b) Bagaimanapun, dalam hal yang kedua pula,...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...