Tuesday, April 1, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Sean Lee jadi perhatian peminat

    Dalam diam pelakon dan pengacara Sean Lee selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Bay Daucet dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

    Tidak pernah berkongsi kisah percintaan mereka sebelum ini, berita perkahwinan Sean dan Bay mengejutkan ramai termasuk peminat apabila pasangan tersebut memuat naik foto hari bahagia mereka dalam media sosial.

    Dalam kejutan dan keterujaan artis pujaan mereka akhirnya bertemu cinta sejati, peminat juga tertanya-tanya tentang latar belakang Bay yang berjaya memikat aktor berkenaan.

    Baru berusia 26 tahun, Bay merupakan seorang model yang juga pemilik sebuah butik pakaian prelove di ibu negara, kongsi mStar.

    Dalam satu temu bual bersama The Star, Bay pernah berkongsi bagaimana dia memulakan perniagaan tersebut selepas tamat kontrak sebagai pengurus acara di sebuah syarikat.

    Menurut Bay segalanya bermula apabila pandemik COVID-19 mula melanda dunia dan dia memberanikan diri memulakan perniagaan selain terlibat sebagai model.

    Bay memberitahu dia sebenarnya seorang pemalu dan penglibatannya dalam dunia perniagaan adalah sebagai salah satu cara dia bersosial dan berdepan dengan khalayak.

    “Saya seorang yang pemalu dan introvert, sebab itu memulakan perniagaan adalah satu yang amat penting,” katanya. – Agensi

    Bay banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda