Usahawan dan pelawak Shuib menarik perhatian orang ramai apabila memberi bayangan isterinya, Watie Hanifiah kembali hamil selepas memuat naik foto seolah-olah memperlihatkan ‘baby bump’ dalam Instagramnya kelmarin.
Meski tiada sebarang pengumuman rasmi, perkara tersebut ikukuhkan lagi apabila Shuib, 41, berkata, Watie kini lebih memilih untuk duduk di bahagian penumpang berbanding memandu seperti sebelum ini.
“Dulu dia terpaling rajin memandu kereta. Sekarang dia lebih suka duduk di sebelah dan tidur, sayang awak mummy,” katanya.
Sementara itu, Watie turut meninggalkan komen dalam nada berseloroh dengan menegur Shuib yang mendedahkan rahsia dipercayai mengenai kehamilannya kepada umum.
Perkongsian tersebut seterusnya dihujani dengan ucapan tahniah yang rata-ratanya turut mendoakan buat Watie.

“Tahniah Shuib dan Watie bakal timang anak lagi, semoga terus sihat.
“Alhamdulillah hamil lagi, tahniah!” komen warganet.
Terdahulu, Watie sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei lalu dan turut menamakan zuriat pertamanya sebagai Bintang.
Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Menurut Kosmo, Shuib sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin. – Agensi

