Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah, mahu selesai secara baik

    Perkongsian video memperlihatkan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta kelmarin mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan warganet.

    Menerusi video di laman sosial Instagramnya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil membawa sebuah fail.

    Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang dalam video itu berbunyi, ‘aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya’ menimbulkan spekulasi mereka sudah berpisah.

    Malah, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera dalam video berkenaan.

    Bagaimanapun Sera ketika dihubungi media berkata dia memilih untuk mengunci mulut mengenai tujuan dia ke mahkamah dan identiti lelaki dalam kereta tersebut.

    Gambar fail: Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama Syuk dan anak-anak mereka. – Agensi

    “Berkenaan saya pergi mahkamah dan dengan siapa saya pergi itu, saya rasa biarlah saya seorang saja yang tahu.

    “Doakan yang baik-baik sahaja,” kata Rossa Sera secara ringkas ketika dihubungi.

    Sebelum ini, Shuk beberapa kali didapati berlaku curang terhadap isterinya, Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

    Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

    Sementara itu, Sera yang kini bergelar usahawan turut memberitahu dia tidak mahu orang lain mengetahui apa yang dilaluinya.

    Malah, Sera mahu mengambil apa yang berlaku secara positif dan menyelesaikan masalah dengan sebaik yang mungkin selain ingin mengutamakan dirinya dan anak-anak.

    Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda