Wednesday, December 25, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istiadat Perkahwinan Diraja bermula 7 Januari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara memaklumkan bahawa insya-Allah dengan izin Allah S.W.T., Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Paduka Ananda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam.

    Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang akan diadakan pada 7 Januari, 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024; Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari 2024; Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari 2024;

    Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024; Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja dan seterusnya Pengantin Diraja diarak sekeliling Bandar Seri Begawan akan diadakan pada 14hb Januari 2024; Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari 2024; Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada 16 Januari 2024.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda