Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istilah ‘vegan’ cetus kekeliruan pada gaya pemakanan

    NEW YORK – Satu hidangan burger telah diperkenalkan berasaskan daripada sayuran dan adakah ia bakal berjaya menarik minat penggemar burger yang terbiasa dengan pati daging.

    Ketika kebanyakan restoran telah mula untuk memenuhi cita rasa pelanggan yang lebih terarah kepada amalan pemakanan sihat maka ia secara tidak langsung turut mendorong pihak restoran untuk turut memperkenalkan makanan berasaskan sayuran.

    Namun kebanyakan pihak restoran ini tidak suka apabila burger yang dihasilkan oleh mereka ini dikenali sebagai ‘vegan’ atau ‘vegetarian’ kerana khuatir pelanggan akan tersalah anggapan bahawa produk makanan yang mereka hasilkan adalah berasaskan sayuran secara sepenuhnya.

    Impossible Foods yang berjaya menghasilkan pati burger berasaskan sayuran yang kelihatan seperti daging juga turut memberi amaran kepada pihak restoran untuk tidak menggunakan istilah ‘vegan’ atau ‘vegetarian’ ketika menerangkan mengenai menu yang ditawarkan itu.

    “Bagi ramai orang, istilah ‘vegan’ ini adalah merujuk kepada individu yang langsung tidak memakan produk daging atau berasaskan daripada haiwan termasuk tenusu. Saya sendiri juga seorang vegan dan mengetahui bahawa sememangnya ada individu yang begitu taksub terhadap terma tersebut,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Impossible Foods, Pat Brown yang membekalkan pati burgernya kepada lebih 3,000 buah kedai di New York termasuk White Castle.

    Pat Brown mengakui istilah tertentu seperti ‘vegan’ atau ‘vegetarian’ ada kalanya boleh mewujudkan kekeliruan pada konsep makanan yang ditawarkan. – AP

    Di pasaran, istilah ‘berasaskan tumbuhan’ atau ‘organik’ ternyata kedengaran lebih lembut lagi berbanding ‘vegan’ atau ‘vegetarian’ yang kedengaran lebih merujuk kepada kelompok sehingga ia hanya merujuk kepada amalan pemakanan yang tertentu.

    Malah istilah ‘organik’ atau ‘berasaskan sayuran’ ini juga berpotensi untuk mengikis persepsi negatif sesetengah individu yang sering menganggap makanan vegetarian atau vegan itu sebagai sesuatu yang hambar.

    Pengarah Eksekutif Persatuan Makanan Berasaskan Sayuran, Michele Simon yang diasaskan pada tahun 2016 menjelaskan bahawa penggunaan ‘vegan’ setentunya ibarat memberi gambaran mengenai kandungan pada produk yang dihasilkan dan setentunya ia sesuatu yang menyedihkan apabila hakikatnya sesuatu produk itu turut diproses bersama bahan tenusu yang tidak menepati mengenai maksud istilah tersebut.

    Manakala ‘berasaskan makan’ sendiri jelas memberikan konotoasi yang positif apabila ia merujuk kepada makanan yang diterangkan.

    “Bagaimanapun saya lihat masih ada beberapa restoran yang menggunakan istilah vegan dan pelanggan mereka juga kelihatan selesa untuk membeli burger tersebut,” jelas Simon.

    Hakikatnya, istilah vegan dan vegetarian itu sendiri memiliki makna yang berbeza.

    Istilah vegan adalah merujuk kepada individu yang tidak memakan sebarang daging binatang namun masih mengkonsumsi produk berasaskan binatang seperti susu dan telur.

    Manakala vegan pula merujuk kepada seseorang individu yang langsung tidak memakan sebarang produk daging mahupun yang berasaskan binatang tersebut seperti susu dan telur.

    Apabila merujuk kepada produk makanan, makanan yang digelarkan berasaskan makanan ertinya lebih merujuk kepada maksud vegan namun ia tidak secara jelas.

    Namun apabila ia merujuk kepada diet pemakanan yang lebih luas ia juga merujuk kepada sayuran namun juga boleh mengandungi daging ataupun ikan.

    Antara hidangan burger yang disajikan dengan menggunakan pati yang dihasilkan daripada sumber berasaskan sayuran. – AP
    Just Egg merupakan sejenis produk organik terbaharu yang bakal diperkenalkan bagi mengganti telur. – AP

    Berikutan daripada faktor kurang jelas terhadap makna perkataan itu secara tidak langsung telah membuatkan Persatuan Makanan Berasaskan Sayuran merancang untuk mewujudkan istilah baharu bagi merujuk kepada makanan tersebut.

    Beyond Meat, sebuah lagi syarikat yang mengeluarkan pati burger tanpa menggunakan daging turut berusaha mengelakkan daripada menggunakan istilah vegan atau vegetarian dengan harapan untuk cuba memenangi individu yang sememangnya hanya suka makan daging.

    Mereka juga menggalakkan pihak penjual yang mengambil bekalan dari mereka yang meletakkan produk buatan mereka pada seksyen daging beku berbanding seksyen produk vegetarian beku.

    Dalam tempoh beberapa minggu, satu produk cecair baharu yang dijangka bakal berperanan untuk menjadi pengganti telur bakal diperkenalkan dan tanda ‘diperbuat daripada tumbuhan’ juga turut dilekatkan pada botolnya.

    Produk yang diperkenalkan oleh Just Egg itu akan turut dijual di seksyen berdekatan dengan kawasan yang dijadikan sebagai lokasi untuk meletakkan telur.

    “Permintaan terhadap makanan yang berasaskan sayuran dilihat terus berjaya mendapat sambutan malah rasanya juga enak,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Just Egg, Josh Tetrick.

    Perkara ini jelas berbeza dengan MorningStar Farms, sebuah syarikat pengeluar produk vegetarian terkemuka mengakui tetap selesa menggunakan istilah ‘veggie’ dan ‘vegan’ bagi membezakan produk-produk yang dihasilkan.

    Bagaimanapun, Eksekutif Pemasaran di Kellog yang juga pemilik kepada syarikat itu, Dick Podiak mengakui turut menggunakan istilah ‘makanan berasaskan sayuran’ bagi mengikut trend yang semakin mendapat sambutan itu.

    Nik Contis dari agensi penjenamaan PS212 mengatakan bahwa istilah berasaskan sayuran mungkin kedenga-ran lebih menarik namun ada juga sesetengah individu yang lebih merujuknya sebagai satu konsep yang lama.

    “Sekiranya ada seseorang individu yang bukan penggemar sayuran dan anda meletakkan sebiji burger berasaskan sayuran di hadapan mereka. Adakah anda yakin mereka akan berminat untuk menikmati hidangan burger yang dihidangkan itu,” jelas Contis. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda