Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istimewa untuk penggemar Pokemon

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Para penggemar watak popular Pokemon berpeluang menyaksikan watak-watak kegemaran mereka yang menghiasi Dewan Pameran Suzuki hingga 31 Mac nanti.

    Watak-watak terkenal Pokemon seperti Pikachu dan Snorlax kini menghiasi ruang Dewan Pameran Suzuki, Boustead Sdn Bhd, Beribi di mana orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan watak-watak berkenaan sepanjang promosi istimewa berkenaan.

    Selain daripada menghiasi ruang dewan pameran, dua buah kereta keluaran Suzuki yang popular iaitu Suzuki Ignis dan Suzuki Jimny turut dihiasi pelekat khas ‘itasha’ berkonsepkan watak Pokemon. Para pengunjung dialu-alukan untuk bergambar bersama keluarga dengan kenderaan berkenaan.

    Kakitangan Boustead Sdn Bhd bergambar ramai dengan kenderaan Suzuki Ignis dan Suzuki Jimny yang dihiasi watak-watak popular Pokemon.

    Pada masa yang sama, bermula dari sekarang hingga 31 Mac, mereka yang membeli kenderaan, Suzuki Ignis atau Suzuki Jimny semasa tempoh promosi berkenaan akan membawa pulang bungkusan produk rasmi dan terhad Pokemon.

    Manakala bagi mereka berkeinginan untuk memberikan hadiah istimewa kepada anak-anak atau keluarga, mereka bolehlah membeli kemeja-T Pokemon yang eksklusif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda