Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu banjir di NS tiada kaitan dengan aktiviti pembalakan

    SEREMBAN, 12 JAN – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bencana banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan tidak ada kena-mengena dengan aktiviti pembalakan.

    Beliau berkata timbunan kayu yang hanyut di kawasan perumahan di Pantai, Seremban akibat banjir bulan lepas merupakan kayu reput dan kerja-kerja pembersihan di lokasi itu hanya mengambil masa dua hari.

    “Saya jemput semua, daripada kita hanya bercakap, boleh datang dan lihat sendiri apa yang berlaku di Gunung Berembun, ambil gambar dan nilaikan sendiri sama ada kawasan itu kawasan pembalakan ataupun apa yang berlaku adalah kejadian alam.

    “Kadang-Kadang laporan itu tidak menceritakan tentang negeri ini tetapi gambar adalah di sini. Semua orang tahu apa yang berlaku di negeri ini, gambar penuh itu bagi saya ‘nakal’ dan saya harap ia tak berulang lagi,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda