Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Isu banjir perlu pendekatan proaktif

    Kejadian banjir di kawasan jalan raya sekitar perumahan kampung di Mukim Berakas terutama ketika musim hujan ini sangat membimbangkan di mana paras air yang naik telah menyekat kelancaran kenderaan yang melintasi kawasan berkenaan.

    Kejadian banjir yang berulang kali melanda kawasan itu apabila hujan lebat kadangkala menimbulkan persoalan tentang apakah langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah yang berterusan ini? Dan adakah terdapat sebarang perancangan jangka panjang berkaitan dengan isu tersebut.

    Kejadian berulang itu mungkin sahaja disebabkan oleh sistem perparitan kurang pemeriksaan, sempit atau tersekat oleh sampah sarah ketika hujan lebat.

    Kelemahan dalam struktur kawalan air sedia ada juga berperanan memburukkan lagi isu berkenaan. Walau apa pun puncanya, pendekatan proaktif perlu dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab perlu menilai keadaan berkenaan di samping membuat penyiasatan menyeluruh dengan melibatkan pakar bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian banjir di kawasan itu sekali gus mendapatkan penyelesaian yang berkesan.

    Banjir bukan sahaja boleh menjejaskan kehidupan dengan sekelip mata, namun menyebabkan kehilangan harta benda dan menimbulkan risiko kesihatan.

    Sudah tiba masanya agar perbincangan serius dan tindakan tegas dilaksanakan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat sekarang mahupun akan datang.

    Evo Zan

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...